Sunday, March 13, 2011

Sekitar pengambaran luar majlis perkahwinan Rahul & Ain

Nama Pengantin : Mohd Rahul Bin Tisin & Nahrul Ain Binti Kamal
Majlis Akad Nikah : 04. July.
Majlis Resepsi : 05. July
Mas Kahwin : RM 1000.00
Wang Hantaran : RM 10,000.00
Dulang Hantaran : 9 berbalas 11 dulang

MAJLIS AKAD NIKAH :
Dilaksanakan oleh Imam Masjid Kiyai Haji Abdullah Omar pada jam 2.00 petang. Dihadiri oleh saudara mara kedua belah pihak keluarga dan rakan-rakan. Diikuti dengan upacara membatalkan air sembahyang dan bacaan doa selamat.

MAJLIS PERSANDINGAN :
Keesokkan harinya, majlis persandingan yang di hadiri lebih 3000 tetamu Perarakan raja dan ratu sehari diiringi dengan bacaan selawat dan upacara menepung tawar oleh sanak saudara.

MAJLIS BERTANDANG :
Majlis diadakan di Taman Cempaka Sari, Klang.

Mohd Rahul Bin Tisin & Nahrul Ain Binti Kamal

Berkonsep perkahwinan ala baroque memberi cabaran yang besar
buat team wedding republic. Dengan menggunakan warna tema merah, hitam dan juga silver, impian perkahwinan ala baroque berjaya direalisasikan. Tanda senyuman di wajah kedua pasangan raja dan ratu sehari ketika berarak masuk ke singgahsana membukikan bahawa kepuasan untuk diraikan didalam majlis yang serba meriah ala baroque yang telah lama diimpikan. Rahul tampak segak dengan persalinan ala putera charles dan ain tampak anggun degan dress yang ditaburi batu swarovski yang kerkilauan menambah keanggunan dan seri pengantin di wajah kedua mempelai.

Sunday, July 26, 2009

Dekorasi Singgahsana Raja Sehari





Singgahsana merupakan satu lagi elemen yang sentiasa menjadi tarikan di majlis persandingan. Ilham dan konsep pelamin semakin hari semakin berubah. Reka bentuk dan saiz pelamin kini menjadi titik tolak utama untuk menghasilkan pelamin kelihatan gah. Kini, Wedding Republic mengilhamkan pelbagai gaya penataan pelamin dengan penggunaan fabrik, bunga-bunga dan juga teknik pengcahayaan yang segar agar singgahsana bangkit di dalam mood romantik. Warna memainkan peranan dalam membangkitkan keindahan pelamin.
Singgahsana diilhamkan mengikut perbincangan bersama antara bakal mempelai dan juga perunding perkahwinan kami agar bersesuaian dengan konsep yang telah ditetapkan. Singgahsana kami terdiri daripada rekaan di Raja, rekaan Taman, rekaan Klasik dan juga rekaan berkonsep Inggeris.

Saturday, July 25, 2009

Profesional Cameraman & Videoman T.A.G


Berpengalaman selama hampir 10 tahun dalam bidang rakaman dan juga fotografi, jurugambar kami sentiasa memberikan mutu kerja yang dapat meninggalkan kesan kepada Raja Sehari. Bukan sahaja golongan selebriti, malah gologan VIP juga memberikan kepercayaan yang penuh kepada jurugambar kami bagi merakam setiap detik yang berlansung untuk majlis mereka. Setiap detik kenangan manis dapat di abdikan di dalam album perkahwinan juga di dalam bentuk video untuk tontonan setelah selesainya majlis.

Teknik pengcahayaan yang sempurna, serta gaya kerja yang cukup profesional amat memberi keselesaan kepada setiap mempelai untuk melakukan aksi ketika berada di hadapan lensa kamera.
Mengerti tentang kehendak bakal mempelai hari ini, kesemua peralatan terkini di gunakan bagi mendapatkan kesan yang lebih dramatik hasilnya. Harga ditawarkan didalam bentuk pakej.

Dekorasi Kereta Raja Sehari

Kesempurnaan dan Kemewahan adalah lambang kemegahan bagi kami di Wedding Republic. Itulah apa yang kami janjikan pada setiap pasangan Raja Sehari kami. Kami mengambil kira dari setiap sudut, bermula dari persiapan sebelum majlis bermula, sehinggalah selesainya majlis. Ia juga termasuk dengan kenderaan yang membawa Raja Sehari perlu diambil kira kerana ia juga terlibat di dalam salah satu acara pada majlis perkahwinan. Dengan menambahkan hiasan pada kereta pengantin dapat menaikkan seri pada majlis perkahwinan pada setiap bakal mempelai yang menginginkan majlis di dalam suasana gilang.

Friday, July 24, 2009

Galeri Gubahan & Dekorasi Hantaran ( MID )

Dengan menggunakan Hiasan dari 'artificial flower'dan juga 'fresh flower',Wedding Republic masih mengekalkan konsep kemelayuan didalam setiap gubahan yang kami tampilkan. Dari penggunaan warna, bahan, dah juga dulang hantaran, Wedding Republic lebih mementingkan gaya ekslusif dan juga kemasan yang dapat dilihat pada setiap gubahan hantaran. Perhiasan di atas dulang hantaran disesuaikan agar barang hantaran tidak tenggelam, dan masih menjadi objek utama diatas dulang. Tampil kelainan dengan penggunaan warna hitam dan putih sebagai warna tema, mampu menyuntik mood yang lebih dramatik dan juga berani.